Welcome to megaboysofficial.blogspot.com

Thursday, April 4, 2013

SPAGHETTI HOTDOG MEGABOYYYYSSSSS :)


BAHAN-BAHAN:

  • 1 bawang besar
  • 1 botol sos Prego Traditional
  • 2 sudu makan cili serbuk
  • 1 cawan air
  • 150gm daging cincang (lembu)
  • cendawan mengikut rasa 
  • sedikit sos cili dan tomato mengikut rasa
  • 1 biji tomato/lobak/brocolli dipotong dadu

CARA-CARA:

Tumis bawang dan serbuk cili dengan sedikit minyak hingga naik baunya, kemudian masukkan cendawan dan daging cincang, kemudian tambahkan sos prego dan 1 cawan air hingga mendidih. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato mengikut rasa. Tambahkan sedikit gula, garam dan ajinamoto sesedap rasa. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat mengikut citarasa anda kemudian masukkan sayuran segar (mengikut pilihan anda) sejurus sebelum mematikan api.


CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI DIDALAM HOTDOG:
  • Hotdog dipotong kepada 6 atau 5 bahagian (ikut citarasa).
  • Cucukkan spaghetti yang masih keras ke dalam HotDog yang telah dipotong.
  • Didihkan air dan masukkan sedikit minyak zaitun/sayuran.
  • Setelah air mendidih, masukkan spaghetti yang disediakan tadi kedalam air mendidih tadi.
  • Selepas masak, tos kan spaghetti dan tuangkan sedikit minyak supaya spaghetti yang masak tidak melekat antara satu sama lain.